Nuffnang Ads

Saturday, April 21, 2012

the truth if he is our ♥ mate


Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Tuhan yang maha esa. Tetapi bagaimana kita hendak mengetahui bahawa dia memang ditakdirkan untuk kita? Tuhan mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan akal untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan.
Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi, spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk kita bersama. Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan bahawa dia adalah jodoh kita.

1. Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon.
Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2. Senang Bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya.
Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3. Terima Kita Seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini.
Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4. Sentiasa Jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita.
Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5. Percaya Dan Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya?
Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat.
Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6. Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar.
Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama.
Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7. Memahami Diri Kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur.
Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita.
Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, “lidah sendiri lagikan tergigit”, inikan pula suami isteri’. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8. Tampilkan Kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu.
Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita.
Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9. Kata Hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing.
Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10. Solat Istikharah Dan Tawakkal

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati.
Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik.
Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.


“Manusia hanya mampu merancang. Hanya Allah sahaja yang menentukannya”


~ more about true ♥ ~


Perasaan cinta yang mekar perlu sentiasa dipupuk kerana rasa cinta boleh hilang di telan masa. Jika anda tidak memupuk rasa cinta, hubungan anda dan pasangan anda akan mula kebosanan dan hilang arah dan akhirnya berpisah arah. Untuk memupuk rasa cinta, anda perlu tunjukkan rasa cinta pada pasangan anda.
Kebanyakkan lelaki jarang untuk meluahkan perasaan cintanya kepada wanita . Berbeza dengan wanita, wanita akan selalu luahkan bahawa dia sayang pada lelaki tersebut.
Lelaki biasanya akan luahkan sekali–sekali tetapi mereka akan sentiasa luahkan melalui perbuatan. Berikut adalah tiga cara yang seorang lelaki biasa lakukan untuk tunjukkan rasa cinta pada wanita yang dia suka.

Dia Sanggup Luangkan Masa Dia Untuk Bersama Anda

Bagi lelaki masa adalah sangat penting. Apabila dia berusaha untuk meluangkan masa untuk bersama dengan anda, dia sesungguhnya sangat sayang pada anda.
Dia akan sentiasa ada untuk anda. Dia juga akan sanggup gunakan masa berharga dia untuk bersama dengan anda jika anda minta dia untuk berbuat demikian.

Dia Mencintai Anda Dengan Kekuatan

Apa sahaja yang anda mahu, dia akan cuba tunaikan. Jika lelaki memberi anda hadiah yang anda mahu, dia sebenarnya sangat sayang pada anda. Dia sanggup lakukan apa sahaja untuk memastikan anda sentiasa bahagia.
Mencintai dengan kekuatan juga bermaksud dia sentiasa memberi galakan dan sokongan tanpa berbelah bahagi pada diri anda.

Dia Mencintai Anda Dengan Mindanya

Apabila seorang lelaki benar–benar mencintai seseorang, dia akan sentiasa memikirkan wanita tersebut. Dengan kekuatan cinta yang dia ada, dia akan lebih berani melangkah ke hadapan. Oleh itu, anda akan dapat perubahan pada semangat dia jalani hidup seharian ketika bercinta dengan anda.
Anda selalulah perhatikan tiga ciri ini pada teman lelaki anda. Jika dia ada salah satu dari ciri di atas, itu bermakna dia sangat sayang pada diri anda.


I'm just... miss you so much ♥


Wednesday, April 18, 2012

~ long distance relationship ~

Assalamualaikum.. hye guys... :)




Di petang yg indah ini, Cik Zuera just nk share dgn u olls psl the long distance relatioship.
huhu, tetiba jerk kan nk writing about this.
maybe that is a part of my life. :)
dgn mempunyai my own experience, so Cik Zuera dpt laa share ckit psl bnda nie.
and for sure laa xde masalah bagi Cik Zuera nk menulis tentang ~ 
Perhubungan Jarak Jauh.

and now I would like to share to u olls about how to mantain our long distance relationship.
  • Routine Awal Relationship
Actually routine awal dlm sesebuah relatiship tu is not important sgt. If start dari awal lagik kita dh memang sudah biasa x dating selalu, and x selalu luangkan masa bersama, for sure laa the long distance relatiuonship ini akan tidak mendatangkan masalah. Bykkan dengan call or sms, itupun sudah cukup memadai.

  • Boleh Hidup Without Dating
Asal couple, mesti setiap pasangan tu mesti akn fkir pasal rigid. Bila dh couple mesti kena dating tiap-tiap hari. Hubungan percintaan bukan setakat dating tuk happy2 jew. Byk lagi method laen utk interact in our relationship. InsyaAllah when we are far from our partner, kta naturally akan rasa cool jew and itu semua x akan menimbulkan sbrg masalah. Lagi pun Cik Zuera rase mudah jew klau kita dh mula thinking about him, just contact jew through direct call, sms, skype, ym.., its no matter what, right ? And from my opinion, bila kita kapel dgn someone, x semestinya wajib kita kena kluar dating setiap hari, setiap minggu, setiap bulan or tiap2 6 bulan...

  • Anggap Our Relationship is ONE of our Focus in Our Life
Why we need fall in love ?  When we start loving each other, for sure we hopefully want the happiness ending with marriage. From that, baru laa cinta nie akan continuesly till married. Bila ada focus, ada peratusan sunyi bila x dating dan peratusan untuk curang pun kurang. One more thing, focus tu jugak laa membantu kita utk stay on the path.
As example, seseorang lelaki tu akan bataskan pergaulan dgn gadis2 laen utk elakkan TERberi harapan or TERjatuh hati pada gadis laen.Sbabnya dia focus in our relationship.



  • SHARE minat yang sama and bualkan.
Eventhough kita in long distance relationship, but itu semua bukan penghalang dalam perhubungan. BUT when minat kta share sesama, mesti akan ada something yg interact dlm relationship.
As example, walaupun berjauhan, times kita ada buat activity pape pun, biar pun differeny activity and places, kita bley saved or recorded our activity and shared together. And at the same time, kita bualkan ap activity yg kita lakukan pd our partner. Itu sume pun dh ckup dlm sesebuah relationship.

  • when MEET him/ her, do something yg SPECIAL.
Bila dah kdg2 kita jumpa si dia, so the best thing we shoul do is making something special for special partner. As example, kita try laa buat hand-made cards yg special and some speech or quotes of loves for our special person. And one more thing by hand-made cards nie pun boleh laa kta tengok blik semula kad2 tu time kita dh start rindu pada si dia. Dan boleh kita baca berulang2 kali. :)

  • TRUST and DOA
Kepercayaan. Bercinta jarak dekat pun kena ada kepercayaan. So, alihkan our thinking from sebarang syak wasangka pd psangan. try laa utk percayakan si dia BUT not to trust 100 %. huhu. One more thing kta seboleh2 nya elakkan dari wujudnya sikap terlalu jealous pd psngan. DOA jugak is the most important. So, doa2 laa selalu tuk mendapat keredhaan dari-Nya dgn keluarga kita in our relationship.

  • Sincerely.
Last but not least, sincreley is the one of most important thing in relationship. Its depends from ourself. So just sincere with your partner and for sure the happiness will always being to us. InsyaAllah. :)



Amirul Faez, ilysm. :)












Monday, April 16, 2012

~ the Preve' Proton launching ~


The wait is over.
 Proton has officially introduced its latest addition to the fold with the arrival of the Prevé
The car was launched an hour ago by the Prime Minister, Datuk Seri Najib Tun Razak, at the Mines Malaysia International Exhibition and Convention Centre in Seri Kembangan.

 It represents a new and higher level of standard for Proton cars in all aspects encompassing safety, performance, comfort, build quality, technology, overall design and convenience.



 the Prevé is available in three variant forms at point of launch, with two engine permutations and three transmissions – the list is led by the 1.6 CVT Premium, in turbocharged CamPro CFE form, followed by the 1.6 Executive CVT and 1.6 Executive five-speed manual, which both feature the normally-aspirated CamPro IAFM+ mill.

 Proton Preve Spec Sheet



back position..


inside of car






Six colours are available across the range for the Prevé, and
 these are Blue Lagoon, Fire Red, Genetic Silver, Solid White, Tranquility Black and a new shade called Elegant Brown. 


prices are as follows (on-the-road, inclusive of insurance) :


The Prevé 1.6 Premium CFE : 
RM72,990 (metallic) andRM72,540(solid)

The Prevé 1.6 Premium IAFM+ :
RM62,990 (metallic) and RM62,540 (solid)

The Prevé 1.6 MT Executive : 
RM59,990 (metallic) and RM59,540 (solid)


* hopefully soon I will get it, Insyaallah. Amiiin *  :)





Sunday, April 15, 2012

sepetang di I.K.E.A

actually Cik Zuera x byk masa nk edit more in this entry, huhu
busy laa kata kan, hehe
by the way just sempat upload these pics tuk share dlm blog yg hampir2 nak berhabuk nie.
huhu, anwy IKEA is the one of places yg bley pergi
tuk relax our mind, and cuci2 mata. hihi

* this pic time ktaorg bwu masuk, kira entrance laa nie. :) *




* haa, dah jupe pot landing baekkkk punyer, huhu *




* dyeorag pun nk join jugak landing, hehe*
p/s : soon, Insyaallah sorang satu dpt bed tu ae. haha




* jumpe meja mkn pulak *
ish3.. :D




* DEEP THINKING *
but pasal ap pun x tahu. haha




* time to read *
tetiba jerk kan. huhu




* LIKE THIS *
sgt cantek this lamp. terbaekkk a. :)




* dalam teko pun bley ada bunga *
hatiku pun berbunga. :)




* OFFICE *
bila plak bley jadik manager niey.? huhu
jadik cikgu da, jadik misi da, jadi bos ??//?




* CUTEST PINK *




* COLOURFUL *
tetiba rase mcm kanak2 Ribena. haha :P




* WITH Fiza Talab *



and last but not least..,


* GREEN LEAVE *




~ thats all, sekian... ~




~ Utusan Raha Sehari ~

Disini saya ingin menjemput kwn2 sy yg mengenali diri ini,
untuk attend Undangan Majlis Perkahwinan Ema & Syed.
chewaaahhh,
macam aku pulak yg kawen an. haha.
actually majlis nie for my sis, Ema Kecek.

kt bawah details about majlis ;- 

Date : 
1 May 2012

Location : 
Teratak Bak & Mak
2478 kg.Banggol Chempedak,20050 Serada,Kuala Terengganu


Time :
11 am - 5 pm



~ kedatangan anda semua akan memeriahkan lagi majlis, Insyaallah dengan izin-Nya. Amin.



Thursday, April 12, 2012

miss him !


Saat aku tertawa di atas semua
Saat aku menangisi kesedihanku
Aku ingin engkau selalu ada
Aku ingin engkau aku kenang



Selama aku masih bernafas
Masih sanggup berjalan
Ku kan slalu memujamu

Meski ku tak tahu lagi
Engkau ada di mana
Dengarkan aku ku merindukanmu

Saat aku mencoba merubah segalanya
Saat aku meratapi kekalahanku
Aku ingin engkau selalu ada
Aku ingin engkau aku kenang






Wednesday, April 4, 2012

1st time during Night Duty ~ulalala~~~

Alhamdullilah, finally Cik Zuera dh finish night duty. huhu
xlama pun just for 2 days.
BUT Tuhan jew laa yg tahu penat tu kan.
tapiiii tkpew sume tu experience yg btol2 perlu ada bg seorang nurse.
an.an..an ?//?

1st day night duty,
first time kje waktu mlm, then kena pulak jadi bidang terjun
sebab nyerr slh sorang team member amek EL.
adessss ~~
mahu x mahu Cik Zuera dh kna jga 1 assigment sorang2.
so bila kita dh diberi kepercayaan,
buat lah kje dgn sedaya upaya.
tanpa segan silu, tanya jew slalu.
takut nanti ad plak yg tersilap.
x rugi if bertanya dlu. an..an?///?
for sure laa x sempat pun nk tdo kt ward.
huhuhu.

 2nd night duty, Alhamdullilah dpt settle kje dgn baek,
even x perfect mcm senior. huhu
nobody perfect, right??//?
hopefully pd masa akan dtg,
will improve myself in nursing care to my patient.
InsyaAllah... :)



Today start night off, cont esok day off.
yeah2.. cuti2.
relax my body n mind.
Thanks sister bagi cuti 2 hariii....
hihihi


sekian.., wassalam.


~ seri wajah ~

SERI WAJAH

ap yg boleh kita kaitkan dengan seri wajah?///?
shall u olls have any ideas?
huhu
actually Cik Zuera pun just dpt tips nie from wall slh sorang kwn kt fb.
so, I would like to share to u olls
about Tips untuk Menaikkan Seri Wajah.
jom kita sama-sama try yew.
InsyaAllah dengan izin-Nya.
:)




Tuesday, April 3, 2012

angan-angan


ada x sape2 nk bagi kt cik zuera k...?///??///
hahhaha, sengal kan aku.
berangan sudah laa weh.. 
hukhukhuk.


agak-agak laa kan
angan2 bley x jadik kenyataan.
........
no komen !


Sunday, April 1, 2012

Awal Ashaari lamar Scha Al Yahya Live di Propaganza

wow
sweetnyerrr...
shall u ? 
huhuhu



~ miss zaman sekolah dulu2 ~

when da start alam pekerjaan, teringat pulak
zaman2 time sekolah dulu2.
seyesly best lorrh.
member2 pun best, gempak.
moStly benda yg gempak2 or kenangan terindah
and ad jugak yg sengal2. haha
byk berlaku time Cik Zuera sekolah dlu2.
now dh ad yg member dh many years x jupe. 
hurmm, sedey. :(
guys..,
bila reunion?/ huhu
boleh together-gether lagiiii..
an.. an.. an ?//?



this video kan mostly showing us keadaan time sekolah dlu2. best kan...
huhuhu.. 
hope u olls have fun with this video. 
keeping SMILE . =)


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...