Nuffnang Ads

Thursday, September 20, 2012

Long Distance ♥

Bercinta jarak jauh lagi SWEET. 
Tak text 5 minit dah rinduu. 
Tak call sehari dah risau. 
Kurang maksiat, makin rindu makin sayang . hehehe..

_Sweet kan kan kan :D


on 1st September of 2012
meet again with him ♥
during his cousin wedding
dear, thanks for the everything. :)

Thank You for reading this entry.
keeping sMiLe :)


Tuesday, July 3, 2012

C.I.N.T.A remaja ♥


Assalamualaikum w.b.t

this entry just to share to u all.

that issued is..,
Cinta ketika remaja, adakah ia perlu, harus atau tidak?
Terdapat pelbagai pendapat tentang hal ini namun bagi saya cinta sesama insan ketika remaja boleh dijalinkan asalkan masing-masing tahu batasan dan mengawal perasaan cinta itu.



Perasaan untuk mencintai dan dicintai memang tidak dapat dielakkan oleh semua insan terutamanya bagi remaja.
Perhubungan ini seharusnya membawa kesan yang positif bagi remaja kerana mereka mempunyai pendorong untuk memberi galakan atau persaigan dalam bidang pelajaran selain daripada ibu bapa mereka yang sentiasa mendoakan kejayaan mereka.
Namun remaja haruslah mengamalkan sikap berhati-hati dan tidak melanggar batasan adat timur dan agama semasa bercinta. Mereka seharusnya mengikut perasaan remaja mereka dan sama-sama belajar untuk menjadi orang dewasa yang lebih baik.
Namun begitu masih ramai yang tidak mengetahui apa itu cinta dan bagaimana mahu menjadikan ikatan cinta yang dijalin akan terus membawa ke jinjang pelamin. Kefahaman tentang konsep cinta antara lelaki dan wanita perlu diketahui serba sedikit agar hubungan cinta yang dijalin tidak membawa kepada kekecewaan.
Bagi wanita and for me, cinta adalah sejenis emosi. Kepada orang lelaki, cinta adalah suatu peristiwa, suatu kejadian dan bukannya emosi. Setiap peristiwa mempunyai permulaan dan penghujung.
Oleh itu, bagi orang lelaki sekali mereka jatuh cinta dengan wanita, maka cinta itu akan terus kekal jika tiada halangan yang menimpa.
Oleh sebab itu, lelaki apabila telah melafazkan cintanya kepada wanita, tidak kiralah melalui apa sekali pun, sama ada ikatan janji yang diucapkan sesama sendiri, ikatan tali pertunangan, mahupun melalui pernikahan, maka baginya selepas itu perkataan cinta tidak perlu disebut-sebut lagi.
Berlainan pula dengan wanita, mereka mahu sentiasa mendengar kata-kata belaian kasih di bisikkan di telinga mereka walaupun seribu kali dalam sehari.
Inilah yang menjadi perbezaan ketara istilah ‘cinta bagi lelaki dan wanita.  :)

before Cik Zuera nk close this entry, it's not too late to wish hepy wedding day to
si cantek...

congrate to them . sgt sgt sepadan.
May Allah SWT bless them, hopefully will till the jannah. amiiin.

Thank You for reading this entry. :)







Saturday, June 23, 2012

June oh June !

june oh june...
this month is very memorable to me. ahaks.
sebelum Jun 2012 melabuhkan tirai,
Cik Zuera sempatkan laa jugak tuk wrote this entry. huhu
this entry Cik Zuera just nk share dgn korunk with some memorable events to me. hik3

at first, Cik Zuera saje jerk nk wish skali lagik
" Hepy Besday" to ;-

Both my beLoved parents
mak 6 June 1959
& bak 16 June 1952


my nephew yg chumel
Muhammad Haikal
5 June 2010


my Bff
Siti Nur Akma
2 June 1990

finish psl wished besday to beloveds.
this month jugak Cik Zuera dpt cuti for 1 week.,
ap tnggu lagi kan, blik kg arrr,
and yg best nyerrr,
my dear Amirul Faez was came, hihi
for dating ek, hik.
anyway thanks a lot awak cz sudi spend time with me. :)




thats all
Thank you for reading this entry !





Thursday, June 21, 2012

Wednesday, June 6, 2012

~ My Home Made Recipes ~

Assalamualaikum w.b.t
hari niey Cik Zuera night duty.
huhu, so di waktu siang hari nie menjadi masa lapang sy. 
woke up dari tidoo, terus ingat dlm kpala
nk mam ape ek hari nie?
huhu, ad k patut macam tu.., ish3.
btw slpas siap tidy up my room, my bathroom, 
bsuh sume bju yg collect for one week, 
*nmpak sgt rajin an.. ~kemain lagiii
so tetiba rase rajin. huhu
so decide utk masak,
try korunk guess msakan ap yew. huhu
for sure laa mknan yang simple jerk
 buleh Cik Zuera masak. heee~~


wahh, entrance this entry ad pic pulak dh. hihi

okay, now kita maen masak-masak same2 yew.
jom2.. :)

First Menu : Fried Chicken With Chilies, my mom recipes.

Ingredients :
1. Ayam - separuh *depends
2. Daun kucai or daun bawang
3. Chicken stock
4. Minyak masak
5. Kunyit
6. Garam

Bhn2 yg perlu diKisar :
1. Bawang Merah - 1 or 2 ulas
2. Bawang Putih - 3 or 4 ulas
3. Cili Api Hijau
4. Cili Merah
5. 2-3cm halia

method :
1. Prepare ayam, potong kecil2 or sederhana
2. Perap ayam dengan garam dan kunyit, then gorengkan.
3. Toskan ayam yg siap digoreng, biarkan dahulu.
4. Blend sume bhn2 yg perlu dikisar, * lbih sedap law x terlalu halus.
5. Panaskan minyak, tumiskan bhn yg dikisar td. tumis sehingga naek bau.
6. Tambah garam secukup rasa
7. Masukkan ayam td dan gaulkan sehingga rata.
8. Masukkan daun kucai/bawang sebagai hiasan.

dan inilah hasilnya..,

Second Menu : Chicken Soup with Tomato 
                                         ala2 sweet sour soup. my own recipes.

Ingredients :
1. Ayam, just a small amount *depends
2. Bawang Putih - 2-3 ulas, dihiris
3. Bawang Merah - 1 ulas, dipotong dadu
4. Tomato - 2 bji dipotong 4 setiap satu biji 
5. 2-3cm halia dihiris
6. Daun sup
7. Minyak Masak
8. Black Pepper
9. Garam

Methods :
1. Prepare ayam, potong kecil2
2. Panaskan minyak, tumiskan bawang putih.
3. Masukkan ayam dgn 1liter air kosong.
4. Setelah sup telah mendidih, msukkan halia, 
bawang merah, daun sup dan tomato.
5. Biarkan sup dlm 5-10minit
6. Masukkan black pepper dan garam secukup rasa. 

Inilah hasilnya..,


~~~~~~~~~~~~~~~~~~

semalam lpas hbis kje morning shift, Cik Zuera dgn member 1 wad,
Ezzah Nawi and Suha Ghazali went to Mid Valley.
actually just utk cari hadiah utk Jamuan Nurses Day Jumaat nanti.
then slpas got our gift,
perut pulak yg berbunyi,
so ktaorunk decide utk mkn2 laa dlu before balik. hihi

~ Fried Chicken Chop ~


~ Potato Mashed ~


~ Chicken Rice with Chilies and Mushrooms Sizzlings ~



- iniLah hasilnya si gemok. heeee~ -


Thank You for Reading This Entry !
May God Always bLesS us, InsyaAllah..
always keeping smiLe. :)






Tuesday, June 5, 2012

in ward : PAEDIATRICS 2 ~ UMMC


Assalamualaikum w.b.t.
this entry kali ini Cik Zuera just nk share dgn korunk, all blogger outside
about my experience during working at my ward.
huhu, but not so long laa~
coz didn't have a lot of time to spend here. 
anyway Cik Zuera nk try jugak share kt korunk
even x byk story pun.

my ward is always fun, happening, mostly like family
sayang-menyayang gitu.
paediatrics laa katakan.
who those yg x tahu ap itu paediatrics ??
thats mean wad kanak-kanak.
superb x kje kat situ?
for sure laa superb. best sgttttt. heee~~

kt wad kanak2 nie, mesti laa patient saya chumel2. hihi
tp boleh slalu dengar radio buruk slalu.
caused by my baby2 crying laa. hukhuk
myb wad boleh jadi meriah. 
huhu



::: My patient, Muhammad Danish Emirul.., comel kan ?
cute, mute. :)
sempat snap pic before dye blik lepas settle discaj.



::: si cantek, SN Bella with si encem <3 :::



::: my baby encem bergumbira stelah dh sihat. huhu :::








::: these food yg nmpak mcm interesting above tu adalah atas jasa baik pemberian ibu bapa patients kami as appreciate from them to us with big lurve :::


Thank You for Reading this Entry !
May Allah always bless us. Insyaallah.
keep smile always :)  awek muda, kan2 ?



Sunday, June 3, 2012

~ bersangka baik itu penting.

Memandang Dengan Pandangan Rahmat.

Hari ini dia mungkin penzina,
esok lusa dia mungkin 'abidah mukhlisah ilallahi ta'ala.

Hari ini dia mungkin tidak bertudung,
esok lusa mungkin dia adalah yang paling ikhlas sekali menutup auratnya, dan paling menjaga kesopanan muslimahnya.

Hari ini dia mungkin seorang yang kaki mencarut,
esok lusa mungkin dia adalah yang paling lembut sekali bicaranya.

Harii ini dia mungkin seorang yang ingkar kepada Allah SWT dengan sering melaksanakan maksiat yang besar,
esok lusa mungkin dia adalah yang paling istiqomah melaksanakan qiamullail kala kita semua sedang lena.

Hari ini dia mungkin seorang yang tidak beriman kepada Allah SWT, syirik kepadaNya, kufur kepadaNya,
esok lusa mungkin dialah yang paling beriman kepadaNya, memperjuangkan hak-hakNya, kala mereka yang telah Islam semenjak lahir dengan warisan keluarga meninggalkan perjuangan menegakkan agamaNya.

Kita tidak pernah tahu.
Kita tidak pernah akan tahu.
Maka dengan alasan apakah kita mahu bersangka-sangka itu dan ini kepada manusia, saat kita pula tidak dapat menembusi jiwanya?
Saat kita pula tidak bersamanya 24 jam sentiasa hingga kita mungkin terlepas banyak kebaikannya yang lain.

Tugas kita bukan me'neraka'kan orang.
Itu urusan Allah SWT. Dia yang memasukkan ke neraka sesiapa yang Dia kehendaki, dan memasukkan ke dalam syurga sesiapa yang Dia kehendaki.

Tugas kita, adalah mengajak manusia ke jalanNya.
Bukan menjahanamkan mereka.

Pandanganlah dengan pandangan rahmat.
Alangkan Allah Yang Maha Berkuasa itu,
tidak pula mengazab Firaun, Namrud, Haman, Qarun, Kaum 'Ad, Kaum Thamud, Abu Jahal, Abu Lahab dan lain-lain, tanpa menghantarkan kepada mereka para Rasul memberikan peringatan, yang rata-rata bukan sehari dua penyampaian peringatan mereka kepada manusia seperti itu.

Maka siapakah kita untuk memandang orang dengan pandangan laknat?
Sedang Allah SWT sentiasa memandang semua hamba-hambaNya, dengan pandangan rahmat.

Siapakah kita?

Hari ini kita mungkin adalah yang beriman kepadaNya,
ketahuilah bahawa esok lusa, mungkin kita jugalah yang akan kufur dan menentang perintahNya.
Bukan mustahil.
Dan sentiasalah berjaga-jaga.






Thank You for reading this entry !
always keeping smile :)
insyaAllah, He always behind us.



Monday, May 21, 2012

hang out with my besties

Assalamualaikum w.b.t


yesterday, nice sunday.
Cik Zuera hang out with my besties, Cik Akma, Fathini Munir and Zatil Hidayah.
last minute punye plan, finally jadi jugak. huhu
bukan ap, so long time dh x jumpe. almost 1 to 2 years, maybe..
nearest location yg boleh Cik Zuera jumpe ngan dyeorg 
for sure laa Mid Valley.. 
saturday night tu Cik Zuera night duty,
nsib baek mata x ting tong.. di hari ahad.
time jengjalan ngan member2, for sure laa x mengantok, huhu

so sesampai jerk kt sane, ketemu dyeorg..
wahhh, sume cantek. hihi
matured gitu. hik3.
then, kitaorg decide utk tengok wayang 
pilih punyer pilih
finally decide utk tengok citer " What to Expect When You're Expecting "
berbaloi tengok citer nie..
so fun, at the end of the story ad plak since yg sad2 plak. 
memang filem nie bestttt. 

sesudah tengok wayang, perut ktaorg pula berbunyi.
so singgah jap kt Oasis Food court, suggest by Zatil Hidayah.
mkanan kt situ sedappp, and price pun okay.
lpas mkn duk jew kt situ chatting.. byk topic nk wt disscuss. huhu
boleh buat buku. haha
after that, ktaorg solat.
then, snap the picture as kenangan gitu. hihi










Thank you for reading this entry ! 
keeping smile ! :)






my sis wedding

Assalamualaikum... w.b.t.
dh lama kn cik zuera x update blog niey kan.
lately cuma rajin buat blogwalking jew.
tengok org punyer blog, seyesly cantek, pandai dyeorg create blog cantek2 meh.
tkpew laa, ini jew laa blog yg termampu ada, Alhamdullilah.

actually this entry just nk share ngan korunk,
about my sis wedding Ema Kecek.
padahal majlis 1 May yg lpas, but now bru bley nk share at here.
busy laa katakan. hihihi
but now I have a little bit time to share this.
ini pun sbab day off lpas kje malam.
hihi. anyway bersyukur okay.


::: here, Majlis Akad Nikah yang telah menyatukan dua hati iaitu my sister, 
Saidatul Akma binti Mamat
 dengan kekasih hatinya selepas Allah s.w.t. dan Rasulullah iaitu 
Syed Muhammad Nur Firdaus bin Syed Abu Bakar. 
Telah tertulis dimahfuz untuk dijodohkan bersama kerana Allah s.w.t.
Alhamdullilah. moga bahagia hingga ke Jannah, InsyaAllah. :::

::: Alhamdullilah dengan dua kali lafaz sah bagi mereka menjadi sepasang suami isteri :::



::: wajah ceria selepas bergelar isteri, Alhamdullilah :::



::: eh2, boleh pulak ada gambar berempat, ehem2 :) :::



::: 1 May 2012 :::
~ majlis kenduri di belah pihak pengantin perempuan a.k.a umah cik zuera laa ~



::: duduk bersanding tersimpul malu, hik3 :::



::: to my BFF, Cik Akma, Fara Caspergurl ngan Fathini Munir, thanks so much cz sudi 
attend majlis k.ema, both of them sanggup dari jauh datang dari Putrajaya. 
nanti majlis Cik Zuera plak yew, wajib datang. * tetiba gatal :P :::



::: kami nk rest, huhu, itu laa rasenya bila majlis dh berakhir di sbelah petang. huhu. penat woo.
anyway best sgtttt, kerja teamwork gitu. haha :::



::: 5 May 2012 :::
~ Majlis Sambut Menantu di rumah pihak pengantin lelaki ~



and, and, and...



 ::: and last but not least, kredit to Dear Amirul Faez..,
because telah menghadirkan diri anda ke rumah saya, for 5 days you. hihi
thanks aw.
byk tlg ktorunk buat preparation.
and yg paling Cik Zuera likeee is,
dye pandai amek hati both of my parents and my family.
thanks so much dear.

::: My DF :::


** Thank you for reading this entry ! keeping smile :)




Saturday, April 21, 2012

the truth if he is our ♥ mate


Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Tuhan yang maha esa. Tetapi bagaimana kita hendak mengetahui bahawa dia memang ditakdirkan untuk kita? Tuhan mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan akal untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan.
Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi, spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk kita bersama. Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan bahawa dia adalah jodoh kita.

1. Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon.
Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2. Senang Bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya.
Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3. Terima Kita Seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini.
Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4. Sentiasa Jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita.
Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5. Percaya Dan Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya?
Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat.
Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6. Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar.
Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama.
Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7. Memahami Diri Kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur.
Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita.
Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, “lidah sendiri lagikan tergigit”, inikan pula suami isteri’. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8. Tampilkan Kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu.
Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita.
Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9. Kata Hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing.
Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10. Solat Istikharah Dan Tawakkal

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati.
Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik.
Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.


“Manusia hanya mampu merancang. Hanya Allah sahaja yang menentukannya”


~ more about true ♥ ~


Perasaan cinta yang mekar perlu sentiasa dipupuk kerana rasa cinta boleh hilang di telan masa. Jika anda tidak memupuk rasa cinta, hubungan anda dan pasangan anda akan mula kebosanan dan hilang arah dan akhirnya berpisah arah. Untuk memupuk rasa cinta, anda perlu tunjukkan rasa cinta pada pasangan anda.
Kebanyakkan lelaki jarang untuk meluahkan perasaan cintanya kepada wanita . Berbeza dengan wanita, wanita akan selalu luahkan bahawa dia sayang pada lelaki tersebut.
Lelaki biasanya akan luahkan sekali–sekali tetapi mereka akan sentiasa luahkan melalui perbuatan. Berikut adalah tiga cara yang seorang lelaki biasa lakukan untuk tunjukkan rasa cinta pada wanita yang dia suka.

Dia Sanggup Luangkan Masa Dia Untuk Bersama Anda

Bagi lelaki masa adalah sangat penting. Apabila dia berusaha untuk meluangkan masa untuk bersama dengan anda, dia sesungguhnya sangat sayang pada anda.
Dia akan sentiasa ada untuk anda. Dia juga akan sanggup gunakan masa berharga dia untuk bersama dengan anda jika anda minta dia untuk berbuat demikian.

Dia Mencintai Anda Dengan Kekuatan

Apa sahaja yang anda mahu, dia akan cuba tunaikan. Jika lelaki memberi anda hadiah yang anda mahu, dia sebenarnya sangat sayang pada anda. Dia sanggup lakukan apa sahaja untuk memastikan anda sentiasa bahagia.
Mencintai dengan kekuatan juga bermaksud dia sentiasa memberi galakan dan sokongan tanpa berbelah bahagi pada diri anda.

Dia Mencintai Anda Dengan Mindanya

Apabila seorang lelaki benar–benar mencintai seseorang, dia akan sentiasa memikirkan wanita tersebut. Dengan kekuatan cinta yang dia ada, dia akan lebih berani melangkah ke hadapan. Oleh itu, anda akan dapat perubahan pada semangat dia jalani hidup seharian ketika bercinta dengan anda.
Anda selalulah perhatikan tiga ciri ini pada teman lelaki anda. Jika dia ada salah satu dari ciri di atas, itu bermakna dia sangat sayang pada diri anda.


I'm just... miss you so much ♥


Wednesday, April 18, 2012

~ long distance relationship ~

Assalamualaikum.. hye guys... :)




Di petang yg indah ini, Cik Zuera just nk share dgn u olls psl the long distance relatioship.
huhu, tetiba jerk kan nk writing about this.
maybe that is a part of my life. :)
dgn mempunyai my own experience, so Cik Zuera dpt laa share ckit psl bnda nie.
and for sure laa xde masalah bagi Cik Zuera nk menulis tentang ~ 
Perhubungan Jarak Jauh.

and now I would like to share to u olls about how to mantain our long distance relationship.
  • Routine Awal Relationship
Actually routine awal dlm sesebuah relatiship tu is not important sgt. If start dari awal lagik kita dh memang sudah biasa x dating selalu, and x selalu luangkan masa bersama, for sure laa the long distance relatiuonship ini akan tidak mendatangkan masalah. Bykkan dengan call or sms, itupun sudah cukup memadai.

  • Boleh Hidup Without Dating
Asal couple, mesti setiap pasangan tu mesti akn fkir pasal rigid. Bila dh couple mesti kena dating tiap-tiap hari. Hubungan percintaan bukan setakat dating tuk happy2 jew. Byk lagi method laen utk interact in our relationship. InsyaAllah when we are far from our partner, kta naturally akan rasa cool jew and itu semua x akan menimbulkan sbrg masalah. Lagi pun Cik Zuera rase mudah jew klau kita dh mula thinking about him, just contact jew through direct call, sms, skype, ym.., its no matter what, right ? And from my opinion, bila kita kapel dgn someone, x semestinya wajib kita kena kluar dating setiap hari, setiap minggu, setiap bulan or tiap2 6 bulan...

  • Anggap Our Relationship is ONE of our Focus in Our Life
Why we need fall in love ?  When we start loving each other, for sure we hopefully want the happiness ending with marriage. From that, baru laa cinta nie akan continuesly till married. Bila ada focus, ada peratusan sunyi bila x dating dan peratusan untuk curang pun kurang. One more thing, focus tu jugak laa membantu kita utk stay on the path.
As example, seseorang lelaki tu akan bataskan pergaulan dgn gadis2 laen utk elakkan TERberi harapan or TERjatuh hati pada gadis laen.Sbabnya dia focus in our relationship.



  • SHARE minat yang sama and bualkan.
Eventhough kita in long distance relationship, but itu semua bukan penghalang dalam perhubungan. BUT when minat kta share sesama, mesti akan ada something yg interact dlm relationship.
As example, walaupun berjauhan, times kita ada buat activity pape pun, biar pun differeny activity and places, kita bley saved or recorded our activity and shared together. And at the same time, kita bualkan ap activity yg kita lakukan pd our partner. Itu sume pun dh ckup dlm sesebuah relationship.

  • when MEET him/ her, do something yg SPECIAL.
Bila dah kdg2 kita jumpa si dia, so the best thing we shoul do is making something special for special partner. As example, kita try laa buat hand-made cards yg special and some speech or quotes of loves for our special person. And one more thing by hand-made cards nie pun boleh laa kta tengok blik semula kad2 tu time kita dh start rindu pada si dia. Dan boleh kita baca berulang2 kali. :)

  • TRUST and DOA
Kepercayaan. Bercinta jarak dekat pun kena ada kepercayaan. So, alihkan our thinking from sebarang syak wasangka pd psangan. try laa utk percayakan si dia BUT not to trust 100 %. huhu. One more thing kta seboleh2 nya elakkan dari wujudnya sikap terlalu jealous pd psngan. DOA jugak is the most important. So, doa2 laa selalu tuk mendapat keredhaan dari-Nya dgn keluarga kita in our relationship.

  • Sincerely.
Last but not least, sincreley is the one of most important thing in relationship. Its depends from ourself. So just sincere with your partner and for sure the happiness will always being to us. InsyaAllah. :)



Amirul Faez, ilysm. :)












LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...